Saturday, 8 March 2014

PERSETIAAN PENGAKAP

       Ikatan Tali – Simpulan Buku Sila
      Fungsi:
 1. Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.
 2. Biasanyan digunakan untuk menyambung tali khemah, bungkusan hadiah dan ikatan kain anduh. kerana ianya      mudah dibuka semula.
Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya mudah terbuka.
      Ikatan Tali – Simpulan Bunga Keti
    Fungsi:
 1. Menyambung dua hujung tali yang tidak sama jenis dan saiz.
 2. Biasa digunakan untuk mengikat tali kapal atau perahu di jeti
  Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya mudah terbuka.

      Ikatan Tali – Simpulan Manuk

     Fungsi:
  1. Digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.
  2. Kelebihan ikatan ini adalah mudah diikat dan ditanggalkan.
       Ikatan Tali – Simpulan Tindih Kasih

  Fungsi:
  1. Digunakan untuk mengikat leher binatang, benda dan sebagainya tanpa menjerut lehernya.
   2. Biasa digunakan oleh penternak lembu, kambing dan juga kuda.
Ikatan Tindih Kasih pada gelong

Friday, 7 March 2014

SEJARAH PENGAKAP DUNIA

SEJARAH PENGAKAP DUNIA
BP
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku ” Scouting For Boys ” yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Febuari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA


Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakappada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
  1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
  2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
  3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
  4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
  5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
  6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
  7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
  8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
  9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
  10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
  11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
  12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.